SWEET FOLLOWERS

Sunday, 27 March 2011

RAKYAT DIMINTA BERSIAP SEDIA..

Salam..

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
____artikel daripada kosmo online..
Sebagai rakyat Malaysia kita sama-sama berdoa agar kejadian di Negara Jiran ini TAK berlaku di Negara kita..Tak sggup rasanya nak melihat mangsa-mangsa kat negara laen..Apatah lg kalo kita yg merasainya..Nauzubillah...


ceritera cik Pyqah

5 coMments:

kay_are said...

Sebagai rakyat Malaysia kita sama-sama berdoa agar kejadian di Negara Jiran ini berlaku di Negara kita.. <-- macam ade something wrong kat ayat ni.. bukan kah? ape pun, thanx sharing =)

pyqah87 said...

Alamak..Salah2..Tak berlaku patutnye..Adeyh.. ^__^

cikcleopatra said...

hahaha..pika da edit ar tuh.keke.

pyqah87 said...

Mestila da edit weyh..Nte timbul spekulasi..Hahha

sleepy bear said...

nauzubillah,,yg masih tk ckup amalan,,kene la cepat2 bertaubat...termasuklah kite sndiri...bersama2 la kita doa semoga bencana ni dijaohkan dri negara kita..

Post a Comment