SWEET FOLLOWERS

Saturday 2 April 2011

BULAN YG BUSY

Salam..

Bulan 4 ni bulan yg agak busy gak la bg me..Sbbnye bulan 5 ni da start FINAL exam kan..So this month la last nak wat segala macam assigment ni..Presentation pon xpayah cakap la kan..Banyak gak la.. padahal amek sikit jer subjek tiap2 sem... =))

BPC, BRW, Research, EVENT ada PRESENTATION ..Program bulan ni plak ada p PULAU PAYAR tok kelas EVENT me AJK Aktiviti.., DINNER tourism (Tema MASQUARADE) excited nak p ni tauk..^__^.... dgn Program CRS II kat POLI Perlis *program ni da banyak kali tangguh harap sgt menjadi pasni.... InsyaALLAH mencuba tok melakukan dan menyiapkan semua kerja ikot dateline nye..CHAIYOK!!

Selamat menjalankan tugas semua..Hihihi.. ^__^


LAEN KALI JANGAN SUKA NAK TANGGUH KEJA LAGI.. =.=" 

ceritera cik Pyqah

Thursday 31 March 2011

BERBUAT BAIK LA DENGAN HAIWAN

Salam semua..

Me terpandang status terbaru ustaz me time sekolah dulu kat FB nie..


'Ada sahabat bertanyakan Nabi S.A.W..Adakah melakukan kebaikan pd haiwan, juga diberikan pahala? Nabi S.A.W mengiyakannya'. - maksud hadith riwayat al-Bukhari (no.2363) dan Muslim (5996)


MasyaALLAH .. Rupanya dengan hanya berbuat baik terhadap haiwan jer sebenarnya kita da peroleh pahala kan..Jgn ingat dengan hanya haiwan yang kita dihalalkan untuk memegangnya sahaja okeyh..Dengan haiwan seperti anjing pon hendaklah kita berbuat baik..Jgn la dibaling2 dengan batu atau yang sebagainya..Memang la kadang2 bukan kita nak sgt baling gan batu ni..Tp kita terlampau takot sgt dengan anjing kan?? Tp percaya la cakap me..Kalo kita x kacau anjing tu pon xnak kacau kita..Laen la kalo tue anjing GILA.. ^__^


Me ni suka sgt gan kucing..Sekarang ni selalu sangat terpandang artikel-artikel bagaimana manusia ni berbuat jahat dengan haiwan..Bahkan ada yang sanggup makan kucing ni..Sanggup ke makan bila tengok muka kucing yang comel2 ni..Sadis nya la bila buat kat binatang tu mcm tue..Yang xbole tahannya bila dieowg bole publish lagi gambar kucing yang kulitnya disiat tok dijadikan makanan....Da xcukup ke ayam, ikan dgn daging nie? Nampaknya manusia pon da hilang sifat kemanusiaan kan..Emmm



Me ada terbaca satu kisah ni..Seorang pelacur diampunkan dosa kerana berbuat baik terhadap haiwan ni..Kalo xsilap me anjing...Sbb tu la..Berbaik la terhadap binatang ni walaupun kita xsuke kat mereka..Xsalah pon berbuat baik..Bahkan dapat PAHALA tau..

Renung2 kan la yer..N selamat beramal.. ^__^

ceritera cik Pyqah

Monday 28 March 2011

CONTEST GAMBAR PET PALING COMEL ^__^

Salam..

Hr ni nak join satu contest plak..Hihi..Sbbnye me ada kucing yang comel2 kat umah tue..Tp xtau ni nak pilih yang mana satu..Hihihi

Me join contest Cik Syazwani nie..Klik sini nak pegi blog dy yer..



Me pertaruhkan gambar kucing me nie..Xdela comel sgt pon..Hihih..Tp me n family syg sgt2 kat dy..


Nama: Mokmok *sbb dy gemok..tp mcm xgemok jer kan..Hihi

Jantina: Jantan..

Jenis haiwan: Kucing yang memel.. ^__^

Tabiat: Penakut sikit si mokmok nie..Kalo owg dtg umah bayang dy pon xnmpak..Xbape suke sgt owg dok pgang2 dy..Apatah lg dicium..Tp me n family suke btol cium dy..Suke dengki dy..Pembersih sgt2 sbb kalo menjilat tu hampir sejam gak la...Longoh tgok dok menjilat jer..
Payah gile nak dgr suara dy..Mungkin sbb makanan sntasa ada depan mata jer..So wat xtau jela kan..^___^
Hanya mkn whiskas jer..Kalo nak bg nasi + ikan rebus, ikan tu kena lebih dari nasi Okeyh ^__^
Tu jela tentang kesayangan kami nie..Rindu sgt kat dy..

Tag 3 kawan nie..







ceritera cik Pyqah

Sunday 27 March 2011

RAKYAT DIMINTA BERSIAP SEDIA..

Salam..

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
____artikel daripada kosmo online..
Sebagai rakyat Malaysia kita sama-sama berdoa agar kejadian di Negara Jiran ini TAK berlaku di Negara kita..Tak sggup rasanya nak melihat mangsa-mangsa kat negara laen..Apatah lg kalo kita yg merasainya..Nauzubillah...


ceritera cik Pyqah